6 Disember 2025M bersamaan 15 Jamadilakhir 1447H telah berlangsung Seminar Tajwid yang bertajuk Makhraj dan Sifat Huruf bertempat di Dewan Imam Nafi', Masjid Sultan Azlan Shah. Seminar yang berlangsung dari jam 8:00 pagi hingga 1:00 petang ini disertai oleh 89 orang peserta, pengajian ini berpandukan Kitab Tajwid 101 keluaran Af Ustaz Radzi Bin Kamarul Hailan.
Seminar ini telah diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Pembangunan Ekonomi Yayasan ADDIN (ADDIN GLOBAL ENTERPRISE) sebagai satu inisiatif berterusan dalam memperkukuh kefahaman dan penguasaan ilmu tajwid dalam kalangan masyarakat, selari dengan matlamat Yayasan ADDIN untuk melahirkan generasi celik Al-Quran dan berakhlak mulia.
Yayasan ADDIN mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, khususnya kepada penceramah utama iaitu Af Ustaz Radzi Bin Kamarul Hailan, urus setia serta para peserta yang memberikan komitmen yang sangat memberangsangkan.
Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dan menjadi amal jariah yang berpanjangan.





