5 Disember 2023 hari Selasa, telah berlangsungnya Majlis Konvokesyen Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) kali ke 7 peringkat Negeri Perak di Hotel Taiping Perdana. Alhamdulillah 3 orang pelajar dari Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat ADDIN Vokasional 18 Batu Kurau (MTQAV) telah berjaya menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dan 2 dalam bidang Jahitan.
Para pelajar telah mengikuti bidang Jahitan tersebut di Koleksi Ezzany Kamunting selama 8 bulan dengan jayanya. 3 orang pelajar yang berjaya ini adalah terdiri daripada:-
1) Raja Nor Zetty Binti Raja Mohd Nazar
2) Nor Bazla Aina Binti Abdul Rahman
3) Siti Norhafizah Binti Mohd Jamin
MTQAV 18 Batu Kurau adalah salah satu Tahfiz Vokasional ADDIN buat pelajar perempuan. Buat makluman, MTQAV 18 Batu Kurau ini telah berkoloboratif dengan KEMAS dan RESDA bagi teori kemahiran serta mendapatkan tenaga pakar untuk tujuan pengajaran kemahiran Jahitan dan Masakan. Selain MTQAV 18 ada 5 lagi cawangan Maahad Tahfiz Vokasional di Yayasan ADDIN yang menawarkan pelbagai bidang kemahiran.
Tahniah buat para pelajar, guru dan pengurusan MTQAV 18 Batu Kurau. Semoga terus maju jaya.
#SatuKeluargaSeorangHafiz
#MTQAVADDIN