|
Written by Administrator
|
|
Friday, 04 April 2008 |
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN adalah sebuah intitusi pendidikan Islam swasta dan berasrama penuh yang berasaskan kebajikan dan memilih bidang hafaz al-Quran sebagai subjek teras. - Maahad ini ditubuhkan pada 17 Disember 1993 dan dibina di atas sebidang tanah seluas 9e 2r 15p di Kg. Tualang Sekah, Malim Nawar.
- Maahad ini pada mulanya dikelolakan oleh Persatuan Ulama Malaysia cawangan Perak yang diketuai oleh Dato’ Syeikh Mohd Nor B. Mansor al-Hafiz.
- Kini MTQ ADDIN dikendalikan di bawah Yayasan ADDIN yang juga di pengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Mohd Nor B. Mansor al Hafiz.
- Maahad ini didaftarkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Perak dengan Nombor Pendaftarannya: JAPk/SAR/68/93 kemudian ditukar kepada JAPk/SMAR/BG.01/97.
- Setelah hampir 14 tahun beroperasi, MTQ ADDIN telah berkembang pesat bagi memenuhi keperluan masyarakat setempat dan telah menubuhkan 6 ( Enam ) cawangannya seluruh negeri Perak.
|