| Memohon Sumbangan Bangunan Tambahan Maahad Tahfiz |
|
|
|
|
Tujuan surat ini ialah untuk mendapatkan sumbangan bagi membiayai kos pembinaan bangunan tambahan Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN-6 (Ibrahim dan Fatimah) [MTQ ADDIN-6], Cawangan Padang Rengas, Perak.
Download Surat Rasmi Disini http://maahadtahfizaddin.edu.my/download/bang0898.doc
Mtq6/bang/08-98
Assalamualaikum,
MEMOHON SUMBANGAN BANGUNAN TAMBAHAN MAAHAD TAHFIZ
Tujuan surat ini ialah untuk mendapatkan sumbangan bagi membiayai kos pembinaan bangunan tambahan Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN-6 (Ibrahim dan Fatimah) [MTQ ADDIN-6], Cawangan Padang Rengas, Perak.
Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN [MTQ ADDIN] adalah sebuah institusi pendidikan Islam swasta dan berasrama penuh yang berasaskan kebajikan dan memilih bidang hafaz al-Quran sebagai subjek teras. MTQ ADDIN ditubuhkan pada 17 Disember 1993 dan kini dikendalikan di bawah Yayasan ADDIN yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Syeikh Mohd Nor bin Mansor al Hafiz, Imam Besar Masjid Negeri, Perak.
Cawangan ke enam MTQ ADDIN, iaitu MTQ ADDIN-6 untuk pelajar-pelajar perempuan sahaja, telah mula beroperasi di Padang Rengas pada Januari 2007 dengan 20 pelajar. Setelah pengambilan pada Januari 2008 seramai 10 pelajar, ruang yang ada telah dipergunakan sepenuhnya. Untuk menampung pengambilan pelajar Januari 2009, bangunan tambahan adalah diperlukan.
Kos pembinaan keseluruhan akan memerlukan dana berikut: 1. Asrama, dewan makan dan dewan solat RM 850,000.00 2. Bilik darjah RM 550,000.00 3. Peralatan RM 300,000.00 Jumlah RM1,700,000.00
Pembinaan Asrama, dewan makan dan dewan solat perlu dimulakan pada bulan Ogos 2008 supaya siap sebelum Januari 2009. Apabila siap sepenuhnya, MTQ ADDIN-6 akan mampu menempatkan 180 pelajar perempuan.
Sumbangan cek boleh dibuat atas nama MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN ADDIN dan dihantar kepada alamat di atas. Yayasan ADDIN akan mengeluarkan resit yang boleh digunakan untuk pengecualian dari cukai pendapatan. Sumbangan juga boleh dibuat terus ke akaun MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT di CIMB dengan nombor akaun 08140003709053. Pihak MTQ ADDIN dan MTQ ADDIN-6 mengucapkan terima kasih di atas sebarang sumbangan yang diberikan dan semoga Allah memberkati segala usaha dan pengorbanan kita, insyaAllah.
Terima kasih.
Abd Latif bin Ishak (019-2389794), Pengerusi Jemaah Pengurusan Pembangunan, Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN-6 (Ibrahim dan Fatimah).
Bahawa saya …………………………………………………………………… no. K.P………………………………… Tel. …………………….…………… beralamat di ……………………………………………………………………. ………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………….. menyumbang RM………………………... (cek no. …………………………..) kepada Maahad Tahfiz al-Quran ADDIN untuk Pembinaan Bangunan Tambahan MTQ Addin-6.
Download Surat Rasmi Disini http://maahadtahfizaddin.edu.my/download/bang0898.doc
|
| Next > |
|---|










