9 November 2023
Telah berlangsung Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam Negeri Perak 1445H/2023M di Casuarina Meru. DYMM Tuanku berkenan menyampaikan anugerah kepada 120 orang penerima yang terdiri daripada kalangan pelajar, guru & sekolah. Antaranya, 6 buah sekolah menerima Anugerah Sekolah Terbaik & 7 orang pelajar menerima Anugerah Pelajar Terbaik dalam pelbagai kategori. Selain itu, 21 orang pelajar tahfiz menerima Anugerah Hafiz Muda kerana berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. 38 pelajar tahfiz seterusnya menerima Anugerah Sijil Tahfiz Negeri Perak sebagai memperakui para huffaz yang telah menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Tambahan lagi, 2 orang guru & seorang penyelia turut menerima Anugerah Guru & Penyelia Cemerlang. Manakala, 2 orang guru menerima anugerah jasamu dikenang sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti mereka di sepanjang perkhidmatan sebagai guru.
Dan ucapan tahniah kepada 2 orang pelajar MTQ ADDIN Tapah iaitu MUHAMMAD HANIF BIN SUHAIMI dan MUHAMMAD ARIF IRFAN BIN MOHD ROSLIDAN atas kejayaan menerima Anugerah Hafiz Muda Negeri Perak 2023 yang telah disampaikan oleh DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK SULTAN NAZRIN MUIZUDDIN SHAH.