BT Travel - шаблон joomla Создание сайтов
c59d092826a839d520b9bbb42b8428e0.jpg
fe3aa06349c99adff6c501ab9002db5f.jpg
5457aaad017190b5db293b3237d655e4.jpg
56281cc10cb4b2d1d912f865d9d3efa4.jpg
c59d092826a839d520b9bbb42b8428e0.jpg
fe3aa06349c99adff6c501ab9002db5f.jpg
5457aaad017190b5db293b3237d655e4.jpg
56281cc10cb4b2d1d912f865d9d3efa4.jpg
  • INFO DIPLOMA ADDIN

TAWARAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU DIPLOMA TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT 2015 (Yayasan ADDIN - JAKIM)

tawaran

  1. Pendahuluan
    • Keputusan mesyuarat Lembaga Darul Qur’an JAKIM (DQ) pada 24 Mac 2014 telah meluluskan permohonan Yayasan ADDIN untuk mewujudkan program kerjasama pendidikan di peringkat diploma tahfiz al-Qur’an.
    • Program ini merupakan peluang pendidikan di peringkat diploma kepada pelajar-pelajar di bawah kelolaan Yayasan ADDIN yang telah menjangkau seribu orang pelajar seluruh negeri Perak.
    • Maahad Tahfiz al-Qur’an wal-Qiraat ADDIN – 4 telah diberi amanah oleh Yayasan ADDIN untuk mengendalikan program diploma ini.
  2. Profil Ringkas Maahad Tahfiz al-Qur’an wal-Qiraat ADDIN-4
    • Lokasi Maahad Tahfiz al-Qur’an wal-Qiraat ADDIN-4 ini di Kampung Jalan Kachu, 35000 Tapah, Perak.
    • No. Telefon/Fax: 05-401 8199, Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., Facebook: Maahad Tahfiz al-Qur’an wal-Qiraat ADDIN-4, Blog: mtq4tapah.blogspot.com,
    • Maahad ini ditubuhkan pada tahun 2002 dan merupakan cawangan yang keempat kepada Maahad Tahfiz al-Qur’an wal-Qiraat ADDIN Kg. Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak.
    • Maahad ini didaftarkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Perak dengan nombor pendaftarannya iaitu:-  JAIPk/TAHFIZ/BP.53/09.
  3. Aliran Pendidikan MTQ ADDIN
    • Pelajar yang mendaftar di MTQ ADDIN akan mengikuti tiga peringkat pengajian.
    • Peringkat pertama ialah peringkat menengah rendah dan pelajar tersebut akan ditempatkan di MTQ ADDIN cawangan-cawangan.
    • Peringkat kedua ialah peringkat menengah tinggi dan pelajar tersebut akan ditempatkan di MTQ ADDIN Induk iaitu di Kg. Tualang Sekah, Malim Nawar.
    • Peringkat ketiga pula ialah peringkat diploma. Pelajar yang layak memasuki program diploma ini akan ditempatkan di MTQ ADDIN Tapah.
  4. Syarat-Syarat Kemasukan Program Diploma
    • Berumur tidak melebihi dua puluh satu tahun,
    • Belum berkahwin,
    • Mempunyai tahap kesihatan yang baik,
    • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan kepujian dalam subjek:-
      • Bahasa Melayu,
      • Bahasa Arab,
      • Pendidikan al-Quran & Al-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah
      • atau Pendidikan Islam atau Tasawwur Islam;
      • lulus Bahasa Inggeris
  5. Lulus temuduga pengambilan pelajar meliputi:-
    • Ujian hafazan al-Quran,
    • Ujian Tajwid bertulis;
    • Ujian Bahasa Arab bertulis
    • Penilaian ko-kurikulum dan sahsiah.
  6. Prosedur Kemasukan
    • Sesi pengambilan pelajar baru akan dibuat pada bulan Mac setiap tahun dan kuliah bermula pada awal bulan Mei.
    • Pendaftaran permohonan boleh hadir sendiri ke pejabat Jawatankuasa Penyelaras MTQ ADDIN atau MTQ ADDIN Tapah.           
    • Pendaftaran online akan dibuka mulai bulan March 2015 selepas keputusan SPM diumumkan
  7. Mata Pelajaran
    • Antara mata pelajaran program diploma Syukbah Qiraat ialah:
      • 1. Hifz al-Qur’an,
      • 2. Tajwid al-Qur’an,
      • Asas Qiraat Ilmi,
      • Ulum al-Qur’an,
      • Bahasa Arab,
      • Tafsir al-Qur’an wa Mabadiuhu,
      • Bahasa Inggeris,
      • Aqidah,
      • Adab Hamlah al-Qur’an,
      • Seni Khat,
      • Teknologi Maklumat & Komunikasi,
      • Asas Pengubatan Islam & Kaunseling,
      • Hadith wa Mustalah,
      • Taranum,
      • Resam al-Qur’an,
      • Latihan Industri,
      • Fiqh Ibadah,
      • Dhabt al-Qur’an wa Fawasil,
      • Metodologi Penyelidikan & Kertas Projek,
      • Tarikh al-Qurra’ & Tarikh al-Mushaf.
  8. Keistimewaan Graduan Diploma
    • Graduan diploma Darul Quran layak bekerja di Jabatan-Jabatan Kerajaan,
    • Graduan diploma Darul Quran layak melanjut pelajaran ke IPTA/IPTS dalam dan luar negara,
    • Graduan diploma Darul Quran layak memohon biasiswa Darul Qur’an untuk menyambung pelajaran ke peringkat BA, MA, PhD.
  9. Hubungi Kami

Jemaah Pengurusan

Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN (JPM ADDIN )
Kompleks Pendidikan Masjid al-Aulia,
Taman Sin Lok, Jalan Kuala Kangsar,
30010 Ipoh, Perak.

No. Tel. 05-5060223, No. Fax. 05-5060017,
email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.,
web : www.maahadtahfizaddin.edu.my,


Facebook Kami

Tentang Yayasan Tahfiz Addin

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN adalah sebuah institusi pendidikan Islam swasta dan berasrama penuh berasaskan kebajikan dan memilih bidang hafaz Al-Quran sebagai subjek teras.

Maahad ini ditubuhkan pada 17 Disember 1993 dan dibina di atas sebidang tanah seluas 9 Ekar 2 Relung 15 Persegi di Kg. Tualang Sekah, Malim Nawar.


icon link

Kalendar

February 2018
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28

Galeri Gambar

output dCav6K