Bahagian Khidmat Pengurusan Yayasan ADDIN dengan Kerjasama Bahagian Pendidikan Yayasan ADDIN telah mengadakan Kursus Pemantapan Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Al-Quran Dan Madah pada 29 April 2024 ( Isnin ).
Tujuan Kursus ini ialah menambah baik Penggunaan Sistem Penulisan Rancangan Pengajaran Harian dan Sistem Sekolah. Selain itu, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) mengingatkan kepada guru-guru berkenaan Disiplin Kehadiran Guru-guru dan Keterampilan Guru-guru dalam mendidik.
Pemantauan juga dibuat secara berkala kepada sekolah-sekolah melalui Sistem Asis bagi memastikan setiap guru menggunakan sistem yang telah di tetapkan oleh Yayasan ADDIN.
Semoga dengan pemantauan ini dapat memantapkan lagi kualiti pendidikan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN.
#
#
#
#
#