PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT SESI 2024-2027
Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) ADDIN Perak mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Program Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat di Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) ADDIN Perak. Program ini mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) (MQA/FA7510).
Syarat-Syarat Kelayakan Permohonan :
1. Beragama Islam
2. Warganegara Malaysia
3. Berumur tidak melebihi 21 tahun ketika mendaftar
4. Tidak berkahwin
5. Lulus Peperiksaan SPM (calon yang telah memiliki keputusan SPM sahaja)
*mendapat pengesahan pihak sekolah dengan syarat minimum Gred C dalam mata pelajaran berikut:
a) Bahasa Melayu
b) Bahasa Arab / Al-Adab wa al-Balaghah / al-Lughah al-Arabiah al-Mu’asirah / Turath Bahasa Arab;
c) Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Islam / Tasawwur Islam / Usuluddin / Turath al-Quran dan Sunnah / Al-Syariah / Manahij al-Ulum al-Islamiah / Turath Dirasat Islamiah / Maharat al-Quran / Manahij Ulum al-Islamiyah dan;
d) LULUS Bahasa Inggeris
e) LULUS Ujian bertulis (Bahasa Arab dan Tajwid)
f) Lulus Temuduga
g) Mempunyai Tahap Kesihatan yang baik.
Permohonan ke Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) ADDIN Perak boleh diisi secara dalam talian (Online) menerusi laman sesawang https://shorturl.at/vZsK5
🌏 Link website Diploma
https://maahadtahfizaddin.edu.my/diploma/
FB: https://www.facebook.com/mtqaddintapah/
Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
☎️
01112517008 : Ustaz Raja Zulfadli
0134055203 : Ustaz Taufiq
0195749612 : Puan Adilah
📆 Permohonan masih DIBUKA sehingga 20 Jun 2024