BT Travel - шаблон joomla Создание сайтов
5593934cd707bda02551082eacd2fb48.jpg
d05162b2898d909129f2b3ad748b9cc5.jpg
Latar Belakang

Latar Belakang

  • Yayasan Pendidikan Maahad Tahfiz al Quran wal Qiraat ADDIN Perak (Yayasan ADDIN) adalah sebuah pertubuhan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.
  • Setakat tahun 2015 ini Yayasan ADDIN sedang menguruskan perjalanan 16 buah Maahad Tahfiz al Quran wal Qiraat ADDIN seluruh negeri Perak sebagai sebuah Institusi Pendidikan Islam Swasta yang berasrama penuh dan berteraskan kebajikan.
  • Maahad ini mula ditubuhkan pada 17 Disember 1993 dan dibina di atas sebidang tanah seluas 9 Ekar 2 Relung 15 Persegi di Kg. Tualang Sekah, Malim Nawar. Fokus penubuhan adalah menjadikan bidang hafaz al-Qur’an sebagai subjek teras. Selain itu, pelajaran agama dan pelajaran akademik juga diajar di Maahad ini.
  • Setelah 20 tahun Maahad ini beroperasi ianya telah menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila saban tahun permintaan untuk memasuki Maahad ini sentiasa meningkat dari masyaratkat Islam khususnya dari negeri Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan sebagainya. Sehingga hari ini bilangan pelajar Maahad adalah sebanyak 851 orang di seluruh cawangan-cawangan sebanyak 12. Bilangan pelajar di peringkat menengah rendah seramai 651 dan di peringkat menengah tinggi seramai 200 orang.
  • Statistik ini menunjukkan bahawa pelajar Maahad Tahfiz al Quran wal Qiraat ADDIN akan tamat belajar setiap tahun mencapai angka seratus orang lebih dan rekod menunjukkan bahawa setiap tahun antara 50 hingga 60 pelajar telah khatam hafazan 30 juz. Justeru, amat wajar program pengajian tahfiz peringkat diploma diwujudkan oleh Maahad selaras dengan perkembangan semasa.
  • Selain itu, pergolakan politik di Timur Tengah juga memberi kesan yang besar kepada hala tuju pelajar Maahad ini untuk menyambung pengajian mereka di sana. Sebagai contoh pada tahun 2011 seramai 35 orang pelajar alumni Maahad ini terpaksa pulang dari Yaman dan Syria ke Tanah Air akibat pergolakan politik tersebut. Dan yang terbaru seramai 21 orang pelajar lepasan MTQ ADDIN terpaksa pulang ke tanah air dari Mesir dan 3 orang yang ditangguhkan penerbangan bagi menyambung pelajar ke Maahad Syuobra Mesir.
  • Sehubungan dengan itu, cadangan program pengajian  ini adalah wajar dan rasional dilaksanakan dengan perkembangan semasa MTQ ADDIN dan keperluan semasa pelajar.

 

 


Facebook Kami


icon link

Kalendar

November 2018
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

output dCav6K