Makluman
  1. SELAMAT HARI MALAYSIA
  2. SALAM MAULIDUR RASUL
  3. SELAMAT HARI MERDEKA
  4. BENGKEL PENGUCAPAN AWAM
  5. SELAMAT HARI PAHLAWAN
  6. MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN DARUL QURAN KE 32
  7. SELAMAT MENYAMBUT MUHARRAM
  8. KEJOHANAN BOLA TAMPAR DAN BOLA KERANJANG MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH BATANG PADANG 2024
  9. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
  10. PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT
  11. HARI KEPUTERAAN YANG DI PERTUAN AGONG
  12. IHTIFAL HUFFAZ PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-9
  13. MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN
  14. PERSIDANGAN PENGETUA-PENGETUA MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN NEGERI PERINGKAT KEBANGSAAN KE-42
  15. IHTIFAL HUFFAZ 2024
  16. SELAMAT HARI GURU
  17. SELAMAT HARI IBU
  18. SESI TEMUDUGA PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT
  19. KURSUS JURULATIH UTAMA FEQAH 1.0
  20. KURSUS PEMANTAPAN PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
  21. SIARAN AKHBAR MENGENAI PERLANTIKAN PENGERUSI MAJLIS HAL EHWAL AGAMA ISLAM (MKI)
  22. HIJAUKAN BUMI, SELAMATKAN GENERASI AKAN DATANG.
  23. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
  24. 10 MALAM TERAKHIR DI BULAN RAMADAN
  25. SALAM NUZUL QURAN
  26. 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗞𝗜𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗜𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗙𝗜𝗭 (𝗦𝗣𝗛) 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰
  27. TAHNIAH DIUCAPKAN BUAT SELURUH CAWANGAN MAAHAD TAHFIZ ADDIN
  28. PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT SESI 2024-2027
  29. MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL QURAN
  30. DAULAT TUANKU
  31. KUNJUNGAN ANALISIS KEPERLUAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN OLEH UPSI DAN USI
  32. MAJLIS KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK AL QURAN
  33. SEKALUNG TAHNIAH BUAT TUAN HAJI MOHD SABRI BIN NORDIN - KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YAYASAN ADDIN
  34. UJI BAKAT TILAWAH DAN HAFAZAN AL QURAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2024
  35. FESTIVAL SUKAN & KESENIAN ISLAM 2023 YAYASAN ADDIN
  36. MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN SARE ANTARA YAYASAN ADDIN DAN YAYASAN WIBA PRIMA
  37. ANUGERAH HAFIZ MUDA NEGERI PERAK
  38. YANG DIPERTUA BAHARU PERSATUAN ULAMA MALAYSIA
  39. KHATAM 30 JUZUK
  40. MALAYSIA QURAN HOUR
  41. ISTIADAT KONVOKESYEN DARUL QURAN, JAKIM KALI KE 31
  42. KARNIVAL BAHASA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE - 2
  43. MINGGU HALUAN SISWA
  44. PERTANDINGAN MENULIS 30 JUZUK AL-QURAN
  45. SEMAKAN KEPUTUSAN TEMU DUGA PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT (LTDQ) MTQ ADDIN PERAK
  46. MINGGU TRANSISI 2023
  47. FIRE DRILLS (LATIHAN MENCEGAH KEBAKARAN)
  48. PENAZIRAN AKADEMIK 2022-2023 DARUL QURAN JAKIM
  49. MUKHAYYAM AL-HAWIIYAH (PERKHEMAHAN JATI DIRI) 2023
  50. MAJLIS KHATAM AL QURAN SEMESTER 6 2022
  51. PROGRAM MY INSANIAH PELAJAR DIPLOMA TAHFIZ AL QURAN DAN AL QIRAAT (LTDQ ADDIN) 2023
  52. PERMOHONAN SUMBANGAN PROGRAM MYINSANIAH SIRI 2: MODUL KEPIMPINAN DAN CITRA KASIH BELIA
  53. SEMAKAN LAYAK TEMUDUGA PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN
  54. PANGGILAN AKHIR PERMOHONAN KE PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT
  55. PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU BAGI PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT (LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN) DI MTQ ADDIN PERAK SESI 2023/2026
  56. PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER
  57. PROGRAM PENDEDAHAN AWAL QIRAAT BERSAMA CAWANGAN MTQ ADDIN
  58. PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1,3 DAN 5 BAGI PELAJAR DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT
  59. MINGGU HALUAN MAHASISWA
  60. LAWATAN KERJA TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK DARUL QURAN JAKIM
  61. ISTIADAT KONVOKESYEN DARUL QURAN JAKIM 2022
  62. JADUAL PERGERAKAN PROSES PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN QIRAAT DARUL QURAN JAKIM SESI 2022/2025
  63. PENYERAHAN SURAU BARU MTQ ADDIN 4
  64. PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT (LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN,JAKIM) DI MTQ ADDIN PERAK SESI 2022.
  65. PENDAFTARAN PELAJAR TINGAKATAN 4, SESI 2022
  66. BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SEJARAH SPM
  67. PELAJAR - PELAJAR YANG KHATAM PADA BULAN NOVEMBER 2021
  68. PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)
  69. MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA UPSI, JAIPK DAN YAYASAN ADDIN
  70. SUMBANGAN BAGI MELANJUTKAN PELAJARAN DI MESIR BAGI PELAJAR LEPASAN PROGRAM DIPLOMA 2021
  71. PROGRAM: TALK MENTAL HEALTH
  72. CERAMAH MAAL HIJRAH
  73. SELAMAT DATANG MAHASISWA BAHARU SESI 2021/2024
  74. SELAMAT MENJALANI SEMESTER BAHARU 2021/2022
  75. MESYUARAT PEMILIHAN PENGAMBILAN PELAJAR SESI 2021/2024
  76. PERMOHONAN MANUAL KEMASUKAN DIPLOMA SESI 2021/2024
  77. PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU SESI 2021 / 2024
  78. SEMOGA MENJADI HAFIZAH UNGGUL
  79. BERITA MENGENAI PROGRAM DIPLOMA ADDIN TAPAH DI AKHBAR SUARA PERAK
  80. BERMULALAH PERJALANAN SEORANG HAFIZ
  81. SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN MTQ ADDIN TAPAH 2020
  82. TELAH MENAMATKAN HAFAZAN 30 JUZUK AL-QURAN
  83. MENJUNJUNG JALUR GEMILANG MENGHAYATI PERJUANGAN ULAMA DAN NEGARAWAN
  84. AHLAN WASAHLAN PELAJAR DIPLOMA SEMESTER 3 DAN 5
  85. LAHIR LAGI PERMATA UMAT
  86. MAJLIS SAMBUTAN MAALHIJRAH 1442H PERINGKAT MTQ4 TAPAH
  87. PENAMPILAN ISTIMEWA DAIE IRFAN, PESERTA DAIE MUSIM KE-4
  88. MAJLIS PENYERAHAN PERUNTUKAN ZAKAT MAIPK KEPADA MAAHAD TAHFIZ YAYASAN ADDIN
  89. HARI PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT MAHASISWA / MAHASISWI DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN QIRAAT SESI 2020/2023
  90. JADUAL PERGERAKAN PROSES PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN QIRAAT DARUL QURAN JAKIM SESI 2020/2023
  91. PERSIDANGAN KHAS PENGETUA PENGETUA MTQN PERINGKAT KEBANGSAAN
  92. MAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA MTQ ADDIN
  93. MAKLUMAT PEMBAYARAN YURAN PENDAFTARAN DAN KOS SARA DIRI PELAJAR DIPLOMA
  94. INFAQ RAMADHAN AL-MUBARAK 1441H
  95. JADUAL BULAN MEI CERAMAH LIVE FB MTQ4 ADDIN TAPAH SEMPENA RAMADHAN 1441H
  96. JADUAL CERAMAH LIVE FB MTQ 4 TAPAH BULAN APRIL
  97. PERUTUSAN KHAS RAMADHAN AL-MUBARAK OLEH PENGARAH MTQ 4 TAPAH
  98. SALAM RAMADHAN 2020 / 1441H
  99. UCAPAN TAHNIAH KEPADA DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH (KETUA PENGARAH KESIHATAN)
  100. PENANGGUHAN TARIKH TEMUDUGA BAGI PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT SESI 2020-2023
  101. BERSAMA BERMUNAJAT
  102. UCAPAN TAHNIAH DI ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGARAH BAHARU DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN TAPAH (MTQ 04)
  103. ONE-OFF RM200 BANTU KESUKARAN PELAJAR IPT KETIKA INI. PERMOHONAN BOLEHLAH DIBUAT DI WEBSITE BPN.
  104. BARISAN EXCO NEGERI PERAK YANG BAHARU 2020
  105. UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN MALAYSIA
  106. RAKAMAN PENGHARGAAN ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI SU POLITIK MENTERI DI JPM
  107. MAKLUMAT TERKINI TEMUDUGA PELAJAR DIPLOMA 2020/2023
  108. KEPENTINGAN PENGHAFAZ AL QURAN
  109. KELAS ONLINE SEPANJANG TEMPOH PKP
  110. ANDALAH WIRA KAMI
  111. MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH
  112. PELAJAR KHATAM AL-QURAN MAC 2020
  113. PELAJAR KHATAM AL-QURAN FEBRUARI 2020
  114. PELAJAR KHATAM AL QURAN JANUARI 2020
  115. PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL QURAN DAN AL QIRAAT 2020/2023
  116. PEMBENTANGAN PELAJAR SEM 6 QIRAAT AMALI (BANAT)
  117. PEMBENTANGAN ILMU QIRAAT AMALI DARIPADA PELAJAR SEMESTER 6
  118. MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL QURAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2020
  119. MINGGU TRANSISI PELAJAR BARU SMART TRACK 2020
  120. MAJLIS PEMBUBARAN DAN PERLANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) MTQ4 2020
  121. RAYUAN SUMBANGAN WAKAF INFAQ SEGERA
  122. TAHNIAH, PELAJAR KHATAM 30 JUZUK BAGI BULAN DISEMBER 2019
  123. PENUTUP PROGRAM TAHFIZ BERKEMAHIRAN BERSAMA KOLEJ KOMUNITI
  124. TAHNIAH, PELAJAR KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK SEPANJANG NOVEMBER 2019
  125. BENGKEL PENGLIBATAN DAN PENYELARASAN LTDQ DALAM PROSES PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA
  126. KONVOKESYEN KALI KE-11 MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN
  127. KONVOKESYEN PENSYARAH MTQ ADDIN 4 TAPAH
  128. MAJLIS RESTU ILMU SPM 2019
  129. KONVOKESYEN PERMATA AL QURAN KALI KE 7 2019
  130. PERKEMBANGAN TERKINI PEMBINAAN ASRAMA LELAKI
  131. UJIAN PRA SYAHADAH 6 JUZUK PELAJAR ST 2019
  132. PEPERIKSAAN SEMESTER 1,3 DAN 5 2019
  133. SELAMAT MENIMBA ILMU DI PERANTAUAN
  134. SEMINAR DIDIK RAKYAT SPM 2019
  135. PROFESSIONAL SUCCESSFUL HUFFAZ 2019
  136. AUDIT PEMATUHAN MQA DAN PENAZIRAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL QURAN DAN AL QIRAAT
  137. PERKEMBANGAN TERKINI PROJEK PEMBINAAN ASRAMA LELAKI MTQ ADDIN TAPAH.
  138. PENERANGAN ASSIGHMENT SEMESTER 1 2019
  139. ISTIADAT KONVOKESYEN DARUL QURAN JAKIM
  140. ISTIADAT PERTABALAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE 16
  141. HARI INTERAKSI DAN IFTAR PERDANA 2019
  142. MISI DAKWAH DAN KEBAJIKAN PERMAD KE KAMPUNG ORANG ASLI.
  143. KONTINJEN YAYASAN ADDIN KE IHTIFAL HUFFAZ DI DARUL QURAN, KUALA KUBU BHARU.
  144. YAYASAN ADDIN METERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) BERSAMA KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR (MAIWP)
  145. IFTAR PERDANA DAN CERAMAH
  146. MISI DAKWAH DAN KEBAJIKAN ORANG ASLI KOA TEBANG BARU
  147. BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SPM 2019
  148. IMAM TERAWIH 2019 - MAHASISWA ADDIN
  149. SEORANG LAGI KHATAM HAFAZAN 30 JUZ
  150. LAWATAN KERJA KE KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR
  151. IHYA' RAMADHAN | DAURAH KITAB DI MUSIM RAMADHAN
  152. CSR DARI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UITM SERI ISKANDAR
  153. MAJLIS PENYAMPAIAN KITAB QIRAAT SEPULUH KEPADA SISWA SISWI DIPLOMA SEM 1 2019
  154. TEMUDUGA PELAJAR BARU SEMESTER SATU 2019/2020
  155. PRA SYAHADAH 6 JUZUK
  156. JADUAL PERGERAKAN PENGAMBILAN SISWA/SISWI DIPLOMA BARU SESI 2019
  157. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEM 2,4 DAN 6
  158. ATURCARA PENDAFTARAN SISWA SISWI AMBILAN MEI 2019
  159. MAJLIS TAKLIMAT PENGURUSAN DAN PENYERAHAN FAIL PENSYARAH SEM 1,3 DAN 5
  160. SAMBUTAN HARI GURU 2019
  161. KEPUTUSAN TEMUDUGA KEMASUKAN PELAJAR DIPLOMA SESI 2019/2020
  162. SALAM ISRA MIKRAJ 1440H
  163. PRA SYAHADAH 6 JUZUK PELAJAR SMART TRACK
  164. PULANG BERCUTI SEM 1
  165. PENGAMBILAN PELAJAR BARU
  166. PROGRAM PEMANTAPAN AL QURAN ( JABATAN AKADEMIK )
  167. PELAJAR ADDIN WAKILI NEGERI PERAK KE PERINGKAT KEBANGSAAN
  168. MAJLIS PENYERAHAN SLIP SPM 2018
  169. MENUJU KE MEDAN PEPERIKSAAN
  170. AKTIVITI PERMAD DAN KEMBARA INSANIAH
  171. JADUAL PENGAMBILAN PELAJAR BARU DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT 2019
  172. TAKLIMAT PROGRAM DIPLOMA YAYASAN ADDIN
  173. MOU YAYASAN ADDIN - JAKIM

SALAM MAULIDUR RASUL

16 September 2024 bersamaan 12 Rabiul Awwal merupakan tarikh yang paling bermakna buat umat Islam kerana kalahiran Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Di Malaysia, setiap 12 Rabiul Awwal yang juga dikenali sebagai Maulidur Rasul merupakan cuti umum bagi semua negeri di Malaysia.

Bersempena dengan Bulan Maulid penuh barakah ini, marilah kita memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Sabda Nabi ;

مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ )

Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat / tingkatan (di syurga kelak).”

(An-Nasa’i no. 1297, Ahmad, Sahih)

Firman Allah S.W.T ;

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا )

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.”

(Al-Ahzab : 56)

Semoga kita sentiasa memantapkan keyakinanmeningkatkan kecintaanmencontohi perlakuan dan menghayati al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Moga dengan suri tauladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW menjadi pedoman buat kita semua dan semoga kita memperoleh syafaat agung Baginda di akhirat kelak. Insya-ALLAH, Amiin.

LAGI

SELAMAT HARI MALAYSIA

Hari Malaysia disambut setiap tahun pada 16 September untuk memperingati penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Ia adalah hari penting di mana rakyat Malaysia bersatu untuk meraikan perpaduan dan kepelbagaian budaya yang menjadi kekuatan negara kita.

Hari Malaysia adalah hari yang penuh dengan makna dan kebanggaan bagi setiap rakyat Malaysia. Dengan ucapan Hari Malaysia yang ikhlas, kita juga boleh bersama-sama meraikan hari bersejarah ini dengan penuh semangat dan keinsafan.

Hari Malaysia adalah hari untuk meraikan kekuatan kita sebagai sebuah negara yang bersatumengenang jasa-jasa pemimpin terdahulu yang telah berjuang untuk kemerdekaan dan penubuhan negara kita. Marilah kita bersama-sama membina negara yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Semoga kita terus maju dan berjaya dalam segala bidang, moga Hari Malaysia ini membawa lebih banyak kemakmuran dan kebahagiaan kepada kita semua. Teruskan berusaha untuk masa depan yang lebih cerah bagi MalaysiaNegara Malaysia terus aman dan makmur selamanya.

LAGI

SELAMAT HARI MERDEKA

31 Ogos adalah hari keramat bagi rakyat MalaysiaMalaysia sudah mengharungi 67 tahun sebagai negara merdeka. Sungguhpun begitu, ramai di antara kita ataupun dalam kalangan rakyat Malaysia itu sendiri yang tidak benar-benar faham dan menghayati maksud sebenar erti kemerdekaan.

Oleh itu, sempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia ke-67 bagi tahun 2024 ini, kita seharusnya mengambil peluang dan ruang bersama-sama bagi menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil peluang menghayati makna sebenar kemerdekaan kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya sekadar retorik pengkisahan sejarah semata-mata. Generasi muda pasti menganggap merdeka itu adalah bebas daripada cengkaman penjajahan dan menghayatinya dengan sekadar melaungkan slogan Merdeka! Merdeka! Merdeka!.

Erti kemerdekaan sebenar pada generasi kini adalah membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama, iaitu agamaakhlakpendidikan dan bahasa kerana generasi muda berhadapan ancaman penjajahan dari segi bentuk baharu, terutama pemikiran dan budaya seiring dengan kepesatan teknologi masa kini.

Semoga Hari Kebangsaan disambut pada tahun ini dapat memberikan manfaat kebaikan lebih baik, terutamanya dalam aspek memelihara perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.

Manis Senyuman Melanjut Usia,
Bahagia Dicipta Terpancar Di Muka,
Kita Semua Keluarga Malaysia,
Bersama Kita Sambut Merdeka. 

" Selamat Hari Kemerdekaan Ke-67 "

LAGI

BENGKEL PENGUCAPAN AWAM

Program Bengkel Pengucapan Awam di Pusat Islam Al-Shatibi

27 Julai 2024 - Program Bengkel Pengucapan Awam telah berjaya dilaksanakan di Pusat Islam Al-ShatibiMaahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN - 4 Tapah. Program ini diadakan pada hari Sabtu bersamaan 21 Muharram 1446H, dengan penglibatan seramai 122 pelajar dari program Smart Track dan Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat.

Program ini dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar LTDQ ADDIN - 4 Tapah dengan tajaan sepenuhnya oleh Syarikat Anna Legacy Sdn Bhd. Tenaga pengajar utama bagi program ini adalah PU Akram IkramiEksekutif Latihan dan Acara dari Agami Group Sdn Bhd.

Program yang berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 6.00 petang ini bertujuan untuk melatih pelajar dalam teknik pengucapan awam yang betul dan beradab ketika menyampaikan maklumat dan dakwah. Pelajar juga diajar cara membezakan penyampaian rasmi dan tidak rasmi mengikut kesesuaian program atau aktiviti. Selain sesi teori, pelajar diberi peluang untuk mempraktikkan apa yang dipelajari melalui sesi amali, di mana mereka berucap di hadapan khalayak dan menerima maklum balas langsung dari tenaga pengajar.

Program ini memberikan platform kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran pengucapan awam mereka. Melalui latihan dan amali yang dijalankan, pelajar dapat memahami dengan lebih jelas dan mengaplikasikan teknik yang betul dalam situasi sebenar..

Diharapkan dengan adanya program seperti ini, para pelajar di MTQ ADDIN dan LTDQ ADDIN dapat mengamalkan ilmu yang diperoleh dan memberi impak positif dalam kehidupan seharian serta dalam masyarakat.

LAGI

SELAMAT HARI PAHLAWAN

31 Julai 2024 bersamaan 25 Muharram 1446h berlangsungnya Hari Pahlawan bagi Negara MalaysiaHari Pahlawan disambut pada 31 Julai setiap tahun, mengambil sempena tarikh pengisytiharan tamatnya darurat pada 31 Julai 1960

Sambutan Hari Pahlawan diperkenalkan, bertujuan menghargai jasa dan bakti para pahlawan yang terdiri daripada anggota pasukan keselamatan yang terkorban semasa menggalas tanggungjawab Fardu Kifayah memelihara keamananmengekalkan ketenteraman dan mempertahankan kedaulatan negara.

Firman ALLAH dalam Al-Quran ;

 لَّا یَسۡتَوِی ٱلۡقَـٰعِدُونَ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِینَ غَیۡرُ أُو۟لِی ٱلضَّرَرِ وَٱلۡمُجَـٰهِدُونَ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡۚ فَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلۡمُجَـٰهِدِینَ بِأَمۡوَ ٰ⁠لِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ عَلَى ٱلۡقَـٰعِدِینَ دَرَجَةࣰۚ وَكُلࣰّا وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ وَفَضَّلَ ٱللَّهُ ٱلۡمُجَـٰهِدِینَ عَلَى ٱلۡقَـٰعِدِینَ أَجۡرًا عَظِیمࣰا 

 

Bermaksud: Tidaklah sama keadaan orang beriman yang duduk (tidak turut berperang) daripada kalangan orang yang beriman selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) di jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan darjat orang-orang yang berjuang dengan harta dan jiwa mereka berbanding orang-orang yang duduk (tidak turut berperang tanpa keuzuran) dengan kelebihan satu darjat. Dan, tiap-tiap satu (daripada dua golongan itu), Allah menjanjikan balasan yang baik (syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang berbanding orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tiada sebarang keuzuran) dengan pahala yang amat besar.

Semoga Allah SWT memberikan ketabahankecekalan dan keyakinan serta perlindungan kepada anggota pasukan keselamatan semasa menjalankan tugas. Serta dilimpahi ke atas mereka, begitu juga ke atas keluarga mereka yang sama-sama berkorban, keberkatan hidup dan ganjaran yang besar di akhirat.

LAGI

MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN DARUL QURAN KE 32

14 Julai 2024 bersamaan 8 Muharram 1446h telah berlangsung Majlis Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM Ke 32 yang diadakan bertempat di Dewan Banquet, Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Pendaftaran Graduan dan Penerima Anugerah bermula seawal Jam 7.45 Pagi dan berakhir dengan Jamuan pada Jam 1.00 TengahariSeramai 592 Orang Graduan telah diraikan dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM Ke-32.

Majlis bermula dengan ucapan aluan daripada YBhg. Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd YusoffKetua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merangkap Pengerusi Lembaga Darul Quran JAKIM. Selesai ucapan aluan daripada YBhg. Datin Paduka Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, majlis menjemput YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im bin Hj. MokhtarMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk memberi ucapan sekaligus merasmikan majlis.

Graduan yang diraikan ini adalah daripada pelbagai program pengajian yang ditawarkan di Darul Quran. Pecahan jumlah tersebut adalah sebagaimana berikut :
• 45 orang penerima Sijil Tamat Pengajian daripada Program Ijazah Sarjana Muda Quran dan Sunnah USIM di Darul Quran;
• 414 orang graduan daripada Program Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat;
• 111 orang graduan daripada Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran bagi kolaborasi JAKIM - IIUM (International Islamic University Malaysia)JAKIM - UNITEN (Universiti Tenaga Nasional)JAKIM - UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka)JAKIM - IPGKPI (Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam)JAKIM - PSA (Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah)JAKIM - MSU (Management & Science University) ;
• 7 orang pelajar Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran;
• 7 orang perantis Program Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Bidang Pengurusan Masjid; dan
• 8 orang perantis Program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Bidang Pengurusan Masjid.

Seramai 10 Orang Pelajar daripada Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat Darul Quran JAKIM di Lokasi Tambahan MTQ ADDIN TapahPerak telah menerima Sijil Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat. 10 Orang pelajar itu adalah ;
1) Muhammad Zulfikri Bin Zulkifli
2) Ahmad Fattah Al-Faris Bin Ahmad Hilal
3) Muhammad Alawi Bin Lahuri
4) Abdul Rahman Bin Khairul
5) Muhammad Amir Faiz Bin Hamdi
6) Muhammad Amar Syahiran Bin Mazeri
7) Ahmad Zubair Bin Mohd Nazri
8) Nur Syabila Binti Mohamad Fairos
9) Siti Khadijah Binti Zamzuri
10) Nur Wahida Binti Mohd Shahid

Moga dengan penyerahan Sijil Diploma Tahfiz Al-Quran Dan Al-Qiraat Darul Quran JAKIM ini, pelajar dapat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dan berjaya mengejar cita-cita.

LAGI

SELAMAT MENYAMBUT MUHARRAM

Pada Tahun 1446 Hijrah bersamaan dengan Tahun 2024 Masihi, sambutan Awal Muharram atau Maal Hijrah akan jatuh pada 7 Julai 2024

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi Umat Islam kerana hari tersebut menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada Tahun 622 Masihi.

Kalender Hijrah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah S.A.W. Kalendar ini hanya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina Umar al-Faruq R.A. Terdapat beberapa cadangan daripada para sahabat untuk penetapan Tarikh bagi Madinah ketika itu, ada yang mencadangkan Tahun Islam bermula ketika Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, ada yang mencadangkan permulaan Tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah S.A.W dibangkitkan sebagai Nabi dan Rasul tetapi pandangan yang mencadangkan permulaan Tarikh Islam pada Tarikh Hijrah Nabi S.A.W.

Penetapan ini ialah untuk mengenangkan betapa pentingnya Tarikh Hijrah yang menjadi Anjakan Paradigma dalam sejarah Agama Islam yang mana pertama kali dalam sejarah Islam seorang Nabi dan Rasul membentuk kerajaan dengan segala kesukaran dan berjaya membuat hubungan Diplomatik dengan beberapa negara serta menyampaikan Dakwah Islam secara global sehingga Islam tersebar ke merata dunia.


Yayasan ADDIN mengucapkan selamat menyambut Bulan Muharram dan selamat menyambut Tahun Baru Hijri 1446 kepada seluruh Umat Islam. Semoga kita dapat membuka lembaran baru ke arah penghijrahan yang lebih baik dan sentiasa dirahmati dalam keredaan ALLAH S.W.T.

LAGI

Image News
Image News

Image Banner