19 hingga 21 Mei 2024 bersamaan 10 hingga 12 Zulkaedah 1445h, bertempat di Langkawi Seaview Hotel, Kedah Darul Aman.
Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Ke-42 telah membuka tirainya dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Dr. Haji Ruslan bin Said, turut dihadiri oleh pengarah dan pegawai-pegawai kanan Darul Quran serta wakil-wakil pengurusan dari Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ).
Persidangan ini dipengerusikan oleh Pengarah Darul Quran, Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim dan turut melibatkan seorang atau dua orang wakil dari setiap 10 buah Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) yang bekerjasama dengan Darul Quran bagi Program Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat.
Salah seorang wakil yang menyertai Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Ke-42 pada tahun ini adalah Af Ustaz Mohd Nizamuddin Bin Alias. Dimana, beliau adalah Pengarah Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ) MTQ ADDIN Perak.
Semoga usaha-usaha yang dirancang serta dibincangkan dalam persidangan ini akan membawa manfaat besar kepada sektor Pendidikan Tahfiz di Malaysia terutama bagi Darul Quran dan Lokasi Tambahan Darul Quran (LTDQ).
#
#