20 Januari 2024 hari Sabtu di Dewan Hotel Grand Kampar Perak telah berlangsungnya Majlis Khatam Hafazan Al Quran Semester 6 kali ke-3 peringkat Lokasi Tambahan Darul Quran ADDIN 4 Tapah Perak. Sekalung tahniah buat Guru pembimbing Ustaz Muhd Taufiq Bin Abdul Razak dan 10 orang Graduan Huffaz Semester 6 LTDQ ADDIN Tapah iaitu 7 lelaki dan 3 perempuan telah berjaya menghafaz 30 Juzuk Al Quran. Majlis dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Sabri Bin Nordin Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan ADDIN dengan diiringi Tuan Haji Mohd Nasir Bin Hassan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan ADDIN, Ketua Pegawai Operasi Bahagian Pendidikan Yayasan ADDIN Ustaz Mohamad Taufiq Bin Shamsumiah, Timbalan Ketua Pegawai Operasi (Diploma) Ustaz Nizamuddin, kakitangan MTQ dan LTDQ ADDIN Tapah, para ibu bapa dan para pelajar terlibat.
*Para graduan adalah terdiri daripada:-
1) Ahmad Zubair Bin Mohd Nazri
2) Muhammad Zulfikri Bin Zulkifli
3) Ahmad Fattah Al-Faris Bin Ahmad Hilal
*4) Muhammad Alawi Bin Lahuri - SAHSIAH TERBAIK
5) Abdul Rahman Bin Khairul
6) Muhamad Amir Faiz Bin Hamdi
*7) Muhammad Amar Syahiran Bin Mazeri - AKADEMIK TERBAIK
8) Nur Syabila Binti Mohamad Fairos
*9) Nur Wahida Binti Mohd Shahid - HUFFAZ CONTOH
*10) Siti Khadijah Binti Zamzuri - TAHRIRI TERBAIK
Majlis bermula dengan bacaan doa, ucapan aluan daripada Timbalan Ketua Pegawai Operasi (Diploma) Ustaz Nizamuddin dan dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Sabri Bin Nordin Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan ADDIN. Penyampaian cenderahati kepada Guru Pembimbing dan para Graduan oleh Tuan Haji Mohd Sabri Bin Nordin Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan ADDIN dengan diiringi Timbalan Ketua Pegawai Operasi (Diploma) Ustaz Nizamuddin. Persembahan lagu nasyid oleh artis Naufal Isa memeriahkan lagi majlis.
Pihak LTDQ ADDIN Tapah mengucapkan Tahniah buat Guru pembimbing dan para graduan yang telah berjaya, sekaligus mengharumkan nama LTQ ADDIN Tapah. Semoga anda semua akan terus maju jaya dan berkongsi serta mengamalkan ilmu ini sebaik mungkin buat umat sejagat. Kejayaan ini mampu membakar semangat para graduan lain untuk ikut sama berjaya Khatam Hafazan 30 Juzuk Al quran.