Yayasan ADDIN mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua pekerja di seluruh negara, khususnya kepada barisan tenaga kerja yang menjadi tulang belakang kepada pembangunan ummah dan negara serta semua warga pendidik di semua Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat ADDIN.
Hari Pekerja adalah satu penghargaan yang amat bermakna buat semua yang telah berkorban tenaga, masa dan usaha dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab masing-masing. Setiap peranan, sama ada besar mahupun kecil, adalah sangat bernilai dalam memastikan kelangsungan organisasi dan kesejahteraan masyarakat.
Rasulullah SAW bersabda :-
"Sesungguhnya Allah mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan sesuatu kerja, dia laksanakan dengan cemerlang (Itqan)."
Yayasan ADDIN amat menghargai komitmen dan dedikasi seluruh kakitangan, pendidik, sukarelawan serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan misi dakwah dan pendidikan. Sesungguhnya, keikhlasan dalam bekerja adalah kunci keberkatan dan kejayaan yang sebenar.
Semoga Hari Pekerja ini menjadi pemangkin semangat untuk kita terus berusaha dengan lebih gigih, meningkatkan profesionalisme serta memperkukuhkan nilai integriti dalam setiap tugasan yang diamanahkan. Semoga segala usaha kita diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil."
(Surah al-Nisa' - Ayat 58)
Pencak Silat Sembah Diraja,
Sakit Di Kaki Hingga Belikat,
Dalam Penat Kita Bekerja,
Biarlah Rezeki Halal Dan Berkat.
"Satu Keluarga Seorang Hafiz"







