14 Jun 2024M bersamaan 17 Zulhijjah 1446H telah berlangsung Peperiksaan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB) Tahun 2025 bagi Zon Tangah yang telah diadakan di Kampus Darul Quran JAKIM.
Peperiksaan ini merupakan inisiatif rasmi pertama JAKIM dalam usaha menyediakan sistem pengiktirafan kebangsaan yang tersusun kepada para huffaz yang menghafaz al-Quran secara bertahap. Inisiatif ini menandakan satu pencapaian signifikan dalam memperkukuh dan memartabatkan pendidikan tahfiz di negara ini. Peperiksaan Tahap Satu (1–5 Juzuk), yang merangkumi dua komponen utama penilaian iaitu Hifz al-Quran Syafawi dan Hifz al-Quran Tahriri.
Yayasan ADDIN mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada tiga buah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN yang telah menghantar wakil pelajar untuk menduduki peperiksaan SPHB ini. Tiga buah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN ini adalah;
1) Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 4 Tapah
1. Mohammad Adam Miekhail Bin Azman
2. Muhammad Zakwan Aqmar Bin Zemtu
3. Muhammad Atif Akashah Bin Muhammad Faizul
2) Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 13 Kampung Buaia
1. Najmul Mahzuz Binti Anuar
2. Siti Aisyah Binti Zaman
3. Nur Nasuha Binti Khairi
3) Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat ADDIN 16 batu Gajah
1. Muhammad Ukail Ramadhani Bin Mohd Faizol Izuan
2. Muhammad Al Amin Bin Adib
Semoga pelaksanaan SPHB ini akan menjadi pemangkin motivasi kepada lebih ramai huffaz untuk terus istiqamah dalam murajaah dan penjagaan hafazan al-Quran, serta memperoleh pengiktirafan rasmi yang sewajarnya atas komitmen dan usaha mereka dalam memelihara Kalamullah.