www.maahadtahfizaddin.edu.my

Agenda Pendidikan MTQ ADDIN Tapah - 04

E-mail Cetak PDF

 

 

Secara umumnya agenda pendidikan sekolah ini adalah berkonsep modul 3 dalam 1 iaitu hafazan Al-Quran, matapelajaran agama dan matapelajaran akademik. Sistem pembelajaran pula dibahagikan kepada dua peringkat (marhalah). Peringkat pertama bermula dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Manakala peringkat kedua pula bermula daripada tingkatan empat, lima dan program khas. Oleh kerana matapelajaran Al-Quran adalah teras utama yang perlu kepada 70% penumpuan, maka sistem pembelajaran dipecah pula kepada sistem semester. Justeru, bagi peringkat pertama pelajar akan belajar sebanyak 6 semester dan peringkat kedua pelajar akan belajar 5 semester.


Manakala sistem peperiksaan pula dibahagikan kepada dua aliran iaitu peperiksaan sekolah dan peperiksaan kerajaan. Pelajar akan diuji dengan peperiksaan dalaman sebanyak dua kali setiap satu semester sepanjang pengajian mereka di sekolah ini. Manakala peperiksaan kerajaan hanya dua kali sahaja iaitu tingkatan tiga dan lima. Bagi pelajar tingkatan tiga, mereka akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada bulan Oktober setiap tahun. Manakala pelajar tingkatan lima akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sehubungan dengan itu, pelajar yang tamat daripada sekolah ini mempunyai sijil dari sekolah iaitu Sijil Khatam Al-Quran dan Sijil Empat Thanawi. Manakala daripada kerajaan Malaysia pelajar akan memperolehi SPM.


 
You are here: Home