PADANG RENGAS, 13 November 2026 - Alhamdulillah, MTQ ADDIN 6 Padang Rengas terus mempergiat pelaksanaan kelas tuisyen intervensi bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 sebagai usaha memastikan para pelajar mendapat bimbingan dan persediaan akademik yang sewajarnya menjelang peperiksaan sebenar.
Program ini diteruskan secara berterusan sehingga menjelang hari peperiksaan SPM sebenar, melibatkan bimbingan tambahan dalam mata pelajaran yang memerlukan perhatian khusus. Usaha ini bertujuan memperkukuh penguasaan ilmu, meningkatkan kefahaman serta membina keyakinan diri dalam kalangan pelajar.
Antara sesi yang dilaksanakan ialah tuisyen intervensi bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, yang berlangsung dari jam 2.00 hingga 4.30 petang bertempat di Kelas Tingkatan 5.
Yayasan ADDIN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh guru yang terus komited, bertungkus-lumus serta sanggup meluangkan masa dan tenaga demi membantu para pelajar membuat persediaan terbaik menghadapi peperiksaan SPM.
Sesungguhnya, dedikasi dan pengorbanan para guru merupakan sebahagian daripada usaha besar dalam membentuk kejayaan anak-anak didik. Semoga segala ilmu, bimbingan dan jasa yang dicurahkan menjadi amal kebajikan serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.
Yayasan ADDIN turut mendoakan agar seluruh calon SPM 2026 diberikan ketenangan, kesungguhan dan kemudahan sepanjang menghadapi peperiksaan serta memperoleh keputusan yang cemerlang.
Terus berusaha, terus istiqamah. Semoga setiap usaha membuahkan kejayaan.
Bersama Memartabatkan AL-Quran.
BKPYA
DR004









