Trending
  1. HARI PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT MAHASISWA / MAHASISWI DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN QIRAAT SESI 2020/2023
  2. JADUAL PERGERAKAN PROSES PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN QIRAAT DARUL QURAN JAKIM SESI 2020/2023
  3. PERSIDANGAN KHAS PENGETUA PENGETUA MTQN PERINGKAT KEBANGSAAN
  4. MAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA MTQ ADDIN
  5. MAKLUMAT PEMBAYARAN YURAN PENDAFTARAN DAN KOS SARA DIRI PELAJAR DIPLOMA
  6. INFAQ RAMADHAN AL-MUBARAK 1441H
  7. JADUAL BULAN MEI CERAMAH LIVE FB MTQ4 ADDIN TAPAH SEMPENA RAMADHAN 1441H
  8. JADUAL CERAMAH LIVE FB MTQ 4 TAPAH BULAN APRIL
  9. PERUTUSAN KHAS RAMADHAN AL-MUBARAK OLEH PENGARAH MTQ 4 TAPAH
  10. SALAM RAMADHAN 2020 / 1441H
  11. UCAPAN TAHNIAH KEPADA DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH (KETUA PENGARAH KESIHATAN)
  12. PENANGGUHAN TARIKH TEMUDUGA BAGI PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT SESI 2020-2023
  13. BERSAMA BERMUNAJAT
  14. UCAPAN TAHNIAH DI ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI PENGARAH BAHARU DI MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN TAPAH (MTQ 04)
  15. ONE-OFF RM200 BANTU KESUKARAN PELAJAR IPT KETIKA INI. PERMOHONAN BOLEHLAH DIBUAT DI WEBSITE BPN.
  16. BARISAN EXCO NEGERI PERAK YANG BAHARU 2020
  17. UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN MALAYSIA
  18. RAKAMAN PENGHARGAAN ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI SU POLITIK MENTERI DI JPM
  19. MAKLUMAT TERKINI TEMUDUGA PELAJAR DIPLOMA 2020/2023
  20. KEPENTINGAN PENGHAFAZ AL QURAN
  21. KELAS ONLINE SEPANJANG TEMPOH PKP
  22. ANDALAH WIRA KAMI
  23. MAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH
  24. PELAJAR KHATAM AL-QURAN MAC 2020
  25. PELAJAR KHATAM AL-QURAN FEBRUARI 2020
  26. PELAJAR KHATAM AL QURAN JANUARI 2020
  27. PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL QURAN DAN AL QIRAAT 2020/2023
  28. PEMBENTANGAN PELAJAR SEM 6 QIRAAT AMALI (BANAT)
  29. PEMBENTANGAN ILMU QIRAAT AMALI DARIPADA PELAJAR SEMESTER 6
  30. MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL QURAN PERINGKAT NEGERI PERAK 2020
  31. MINGGU TRANSISI PELAJAR BARU SMART TRACK 2020
  32. MAJLIS PEMBUBARAN DAN PERLANTIKAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) MTQ4 2020
  33. RAYUAN SUMBANGAN WAKAF INFAQ SEGERA
  34. TAHNIAH, PELAJAR KHATAM 30 JUZUK BAGI BULAN DISEMBER 2019
  35. PENUTUP PROGRAM TAHFIZ BERKEMAHIRAN BERSAMA KOLEJ KOMUNITI
  36. TAHNIAH, PELAJAR KHATAM HAFAZAN 30 JUZUK SEPANJANG NOVEMBER 2019
  37. BENGKEL PENGLIBATAN DAN PENYELARASAN LTDQ DALAM PROSES PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU DIPLOMA
  38. KONVOKESYEN KALI KE-11 MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN
  39. KONVOKESYEN PENSYARAH MTQ ADDIN 4 TAPAH
  40. MAJLIS RESTU ILMU SPM 2019
  41. KONVOKESYEN PERMATA AL QURAN KALI KE 7 2019
  42. PERKEMBANGAN TERKINI PEMBINAAN ASRAMA LELAKI
  43. UJIAN PRA SYAHADAH 6 JUZUK PELAJAR ST 2019
  44. PEPERIKSAAN SEMESTER 1,3 DAN 5 2019
  45. SELAMAT MENIMBA ILMU DI PERANTAUAN
  46. SEMINAR DIDIK RAKYAT SPM 2019
  47. PROFESSIONAL SUCCESSFUL HUFFAZ 2019
  48. AUDIT PEMATUHAN MQA DAN PENAZIRAN AKADEMIK PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL QURAN DAN AL QIRAAT
  49. PERKEMBANGAN TERKINI PROJEK PEMBINAAN ASRAMA LELAKI MTQ ADDIN TAPAH.
  50. PENERANGAN ASSIGHMENT SEMESTER 1 2019
  51. ISTIADAT KONVOKESYEN DARUL QURAN JAKIM
  52. ISTIADAT PERTABALAN DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE 16
  53. HARI INTERAKSI DAN IFTAR PERDANA 2019
  54. MISI DAKWAH DAN KEBAJIKAN PERMAD KE KAMPUNG ORANG ASLI.
  55. KONTINJEN YAYASAN ADDIN KE IHTIFAL HUFFAZ DI DARUL QURAN, KUALA KUBU BHARU.
  56. YAYASAN ADDIN METERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) BERSAMA KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR (MAIWP)
  57. IFTAR PERDANA DAN CERAMAH
  58. MISI DAKWAH DAN KEBAJIKAN ORANG ASLI KOA TEBANG BARU
  59. BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SPM 2019
  60. IMAM TERAWIH 2019 - MAHASISWA ADDIN
  61. SEORANG LAGI KHATAM HAFAZAN 30 JUZ
  62. LAWATAN KERJA KE KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL KUALA LUMPUR
  63. IHYA' RAMADHAN | DAURAH KITAB DI MUSIM RAMADHAN
  64. CSR DARI PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA UITM SERI ISKANDAR
  65. MAJLIS PENYAMPAIAN KITAB QIRAAT SEPULUH KEPADA SISWA SISWI DIPLOMA SEM 1 2019
  66. TEMUDUGA PELAJAR BARU SEMESTER SATU 2019/2020
  67. PRA SYAHADAH 6 JUZUK
  68. JADUAL PERGERAKAN PENGAMBILAN SISWA/SISWI DIPLOMA BARU SESI 2019
  69. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEM 2,4 DAN 6
  70. ATURCARA PENDAFTARAN SISWA SISWI AMBILAN MEI 2019
  71. MAJLIS TAKLIMAT PENGURUSAN DAN PENYERAHAN FAIL PENSYARAH SEM 1,3 DAN 5
  72. SAMBUTAN HARI GURU 2019
  73. KEPUTUSAN TEMUDUGA KEMASUKAN PELAJAR DIPLOMA SESI 2019/2020
  74. SALAM ISRA MIKRAJ 1440H
  75. PRA SYAHADAH 6 JUZUK PELAJAR SMART TRACK
  76. PULANG BERCUTI SEM 1
  77. PENGAMBILAN PELAJAR BARU
  78. PROGRAM PEMANTAPAN AL QURAN ( JABATAN AKADEMIK )
  79. PELAJAR ADDIN WAKILI NEGERI PERAK KE PERINGKAT KEBANGSAAN
  80. MAJLIS PENYERAHAN SLIP SPM 2018
  81. MENUJU KE MEDAN PEPERIKSAAN
  82. AKTIVITI PERMAD DAN KEMBARA INSANIAH
  83. JADUAL PENGAMBILAN PELAJAR BARU DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN AL-QIRAAT 2019
  84. TAKLIMAT PROGRAM DIPLOMA YAYASAN ADDIN
  85. MOU YAYASAN ADDIN - JAKIM
TEMUDUGA PENGAMBILAN PELAJAR BARU AKAN BERLANGSUNG SECARA ATAS TALIAN PADA 25 & 26 JUN 2020

HARI PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT MAHASISWA / MAHASISWI DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN QIRAAT SESI 2020/2023

ISNIN, 13 JULAI 2020, TELAH BERLANGSUNG MAJLIS PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT IBUBAPA DAN MAHASISWA/WI PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN QIRAAT SESI 2020/2023 DI BALAI ILMU, MTQ4 TAPAH. MAJLIS DIMULAKAN DENGAN UCAPAN ALUAN DAN SELAMAT DATANG OLEH PENGARAH MTQ4 TAPAH, AL-FADHIL UST MOHAMMAD HANIF BIN MALEK.

 

MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN TAKLIMAT-TAKLIMAT DARI KETUA-KETUA JABATAN DAN KEWANGAN. UNTUK MAKLUMAN, PADA TAHUN INI SERAMAI 13 ORANG PELAJAR (9 LELAKI, 4 PEREMPUAN) TELAH DITERIMA MSUK KE MTQ4 TAPAH. 

 

SEMOGA SEMUA MAHASISWA/WI DAPAT MENGGALI LEBIH DALAM ILMU AL-QURAN DI MAAHAD INI.

LAGI

PERSIDANGAN KHAS PENGETUA PENGETUA MTQN PERINGKAT KEBANGSAAN

ALHAMDULILLAH PADA 12 JUN 2020 TELAH BERLANGSUNG PERSIDANGAN KHAS PENGETUA MTQN PERINGKAT KEBANGSAAN BAGI MEMBINCANGKAN BEBERAPA ISU BERKAITAN PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU DAN PEMBUKAAN SEMULA DARUL QURAN SERTA LOKASI TAMBAHAN DARUL QURAN NEGERI NEGERI TERMASUK LTDQ MTQ ADDIN TAPAH. LTDQ MTQ ADDIN DI WAKILI OLEH PENGARAHNYA USTAZ MOHAMAD HANIF BIN ABDUL MALEK.

ISU -ISU BERKAITAN SOP, TEMUDUGA, PEPERIKSAAN DAN LAIN LAIN JUGA TELAH DIBINCANG DALAM PERSIDANGAN INI YANG DIADAKAN SECARA DALAM TALIAN MENGGUNAKAN GOOGLE MEET.

INSYAALLAH KHABAR BAIK BAKAL DIUMUMKAN DALAM SEDIKIT MASA LAGI BAGI PELAJAR PELAJAR DIPLOMA TAHFIZ AL QURAN DAN QIRAAT SAMA ADA BAKAL PELAJAR DAN JUGA PELAJAR SEMESTER 3 DAN 5 SEDIA ADA.

LAGI

MAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA MTQ ADDIN

MAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA MTQ ADDIN MENENGAH ATAS DALAM WAKTU PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)


(1) UNTUK MAKLUMAN SEMUA, SETELAH MENGAMBIL KIRA PANDANGAN DAN NASIHAT KKM SERTA PENGUMUMAN YANG DIBUAT OLEH MENTERI PENDIDIKAN, YAYASAN ADDIN TELAH MENETAPKAN BAHAWA PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH HANYA MELIBATKAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 DI CAWANGAN MTQ ADDIN MALIM NAWAR, MTQ ADDIN TAPAH, MTQ ADDIN PADANG RENGAS, MTQ ADDIN AIR KUNING DAN MTQ ADDIN VOKASIONAL BAGAN DATUK YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN AWAM IAITU SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) DAN SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) ADALAH BERTARIKH 27 & 28 JUN 2020 (SECARA BERPERINGKAT);


(2) MANAKALA BAGI LAIN-LAIN CAWANGAN MTQ ADDIN AKAN DIMAKLUMKAN SETELAH MENDAPAT PENGUMUMAN RASMI DAN ARAHAN DARI PIHAK KERAJAAN;


(3) YAYASAN ADDIN TELAH MENYEDIAKAN GARIS PANDUAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH YANG MENEPATI PERATURAN DAN KEPERLUAN YANG TELAH DITETAPKAN OLEH KKM (IBU BAPA BOLEH MEMUAT TURUN DARI IBU BAPA ONLINE);


(4) DALAM HAL INI, KAMI AMAT BERHARAP AGAR IBU BAPA ATAU PENJAGA DAPAT MEMASTIKAN BAHAWA ANAK-ANAK YANG SIHAT SAHAJA DIHANTAR KE SEKOLAH.


(5) GURU-GURU YANG BERTUGAS AKAN MEMERIKSA SUHU BADAN PELAJAR DI PINTU MASUK SEKOLAH. PEMERIKSAAN SUHU BADAN JUGA AKAN DIBUAT KEPADA GURU, WARGA SEKOLAH DAN INDIVIDU YANG MEMPUANYAI URUSAN DENGAN PIHAK SEKOLAH;


(6) SESIAPA YANG MENCATATKAN SUHU BADAN MELEBIHI 37.5"C ATAU BERGEJALA TIDAK AKAN DIBENARKAN MEMASUKI KAWASAN SEKOLAH,


(7) SEWAKTU DI SEKOLAH, PELAJAR-PELAJAR AKAN DIINGATKAN UNTUK SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN DIRI TERUTAMANYA AMALAN MENCUCI TANGAN DENGAN KERAP. IBU BAPA HENDAKLAH MEMBEKALKAN HAND SANITIZER DAN FACE MASK YANG MENCUKUPI UNTUK ANAK-ANAK SEPANJANG BERADA DI ASRAMA;


(8) SELAIN DARIPADA PENGAWASAN GURU DI SEKOLAH, KAMI MOHON JASA BAIK IBU BAPA ATAU PENJAGA SUPAYA SENTIASA BERPESAN KEPADA ANAK-ANAK AGAR MENGAMALKAN PENJARAKAN SOSIAL DAN MENJAGA KEBERSIHAN DIRI PADA SETIAP MASA;


(9) IBU BAPA BOLEH BERHUBUNG DENGAN PIHAK SEKOLAH MASING-MASING BAGI MENDAPATKAN JADUAL LENGKAP PENGHANTARAN ANAK-ANAK;


(10) KAMI DI YAYASAN ADDIN AMAT BERHARAP AGAR PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH MULAI 27 & 28 JUN 2020 INI BERJALAN DENGAN LANCAR BAGI MEMBOLCHKAN ANAK-ANAK DAPAT MENERUSKAN PERSEKOLAHAN DALAM KEADAAN SELAMAT.

SEKIAN TERIMA KASIH.

TUAN HAJI MOHD SABRI BIN NORDIN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
YAYASAN ADDIN
11 JUN 2020

LAGI

MAKLUMAT PEMBAYARAN YURAN PENDAFTARAN DAN KOS SARA DIRI PELAJAR DIPLOMA

ASSALAMUALAIKUM

PEMBAYARAN YURAN PENDAFTARAN DAN KOS SARA DIRI UNTUK PELAJAR DIPLOMA

BERIKUTAN DENGAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) YANG TELAH DIUMUMKAN OLEH PERDANA MENTERI PADA 16 MAC 2020 DAN SEBAGAI CARA DAN LANGKAH PENCEGAHAN WABAK COVID 19, SEMUA PELAJAR DIPLOMA TAHFIZ HARUSLAH KEKAL BERADA DI RUMAH SEHINGGA TEMPOH YANG DITETAPKAN OLEH KERAJAAN.

SUKA KAMI INGATKAN BAHAWA PEMBAYARAN YURAN BULANAN BUKANLAH SEMATA-MATA YURAN MAKAN PELAJAR SAHAJA, IA MELIBAT JUMLAH KESELURUHAN YURAN SEMESTER ATAU KOS SARA DIRI YANG DIBERI KELONGGARAN UNTUK DIBAYAR SECARA ANSURAN BULANAN. PEMBAYARAN YURAN INI BERTUJUAN MENAMPUNG KOS OPERASI UNTUK PELAJAR DAN KAKITANGAN MAAHAD.

DENGAN INI KAMI UMUMKAN BAHAWA TIADA PENGURANGKAN PEMBAYARAN UNTUK YURAN PENDAFTARAN DAN YURAN BULANAN UNTUK PELAJAR DIPLOMA.
AKAN TETAPI BAGI IBU BAPA YANG TERPUTUS MATA PENCARIAN ATAU TIDAK BERKEMAMPUAN, KAMI MEMBENARKAN YURAN PENDAFTARAN DIBAYAR SECARA ANSURAN. DIMINTA UNTUK MENGHUBUNGI PENGARAH SECARA TERUS.

KAMI DOAKAN SEMUA IBU BAPA SERTA PELAJAR SENTIASA BERADA DIDALAM PELIHARAAN ALLAH S.W.T DAN DIHINDARI DARI WABAK COVID-19 YANG MELANDA NEGARA INI.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

PENGARAH
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN 4 TAPAH
05 MEI 2020

LAGI

INFAQ RAMADHAN AL-MUBARAK 1441H

ASSALAMUALAIKUM 🌸.

SUMBANGAN INFAQ RAMADHAN AL MUBARAK 1441H

SEMPENA BULAN RAMADHAN AL MUBARAK 1441H, MTQ ADDIN 4 TAPAH INGIN MEMBUKA PELUANG KEPADA SEMUA SAHABAT UNTUK BERAMAL MELALUI PROGRAM INFAQ RAMADHAN MTQ ADDIN 4.

SUMBANGAN INI ADALAH UNTUK MENAMPUNG KOS PENGURUSAN DAN BAIKPULIH BANGUNAN ASRAMA DAN MELENGKAPKAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH.

SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN MELALUI :

NAMA BANK : MAYBANK
NAMA AKAUN : MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN
NO AKAUN :
5581 2731 1303
(MOHON TULIS REFERENCE : INFAQ RAMADHAN)

SEGALA RESIT/TRANSAKSI BOLEHLAH DIHANTAR KE WHATSAPP:

🧕🏽KEWANGAN MTQ4
HTTP://WWW.WASAP.MY/601158587088

ATAU

EMAIL : MTQ4TAPAH@GMAIL.COM

SUMBANGAN ANDA AMATLAH DIHARGAI.
TERIMA KASIH



LAGI

JADUAL BULAN MEI CERAMAH LIVE FB MTQ4 ADDIN TAPAH SEMPENA RAMADHAN 1441H

ASSALAMUALAIKUM FB LIVE INSYAALLAH, SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI, AKAN BERLANGSUNGNYA FB LIVE DIMANA IANYA AKAN DISIARKAN DI FACEBOOK KAMI SETIAP USTAZ AKAN MENYAMPAIKAN SEDIKIT TAZKIRAH SELAMA 20 MINIT PADA TARIKH-TARIKH YANG DIJADUALKAN. JANGAN LUPA MENYAKSIKANNYA BERMULA 3 MEI 2020 PADA PUKUL 5.00 PETANG SEHINGGA 5.20 PETANG.

LUANGKAN 20 MINIT ANDA UNTUK SAHAM AKHIRAT.

SILA KLIK DISINI UNTUK MENONTON DI FB MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN 4 TAPAH

LAGI

JADUAL CERAMAH LIVE FB MTQ 4 TAPAH BULAN APRIL

ASSALAMUALAIKUM FB LIVE INSYAALLAH, SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI, AKAN BERLANGSUNGNYA FB LIVE DIMANA IANYA AKAN DISIARKAN DI FACEBOOK KAMI SETIAP USTAZ AKAN MENYAMPAIKAN SEDIKIT TAZKIRAH SELAMA 20 MINIT PADA TARIKH-TARIKH YANG DIJADUALKAN. JANGAN LUPA MENYAKSIKANNYA BERMULA ESOK, 26 APRIL 2020 PADA PUKUL 5.00 PETANG SEHINGGA 5.20 PETANG.

SILA KLIK DISINI UNTUK MENONTON

LAGI

Image Banner