27 Jun 2025M bersamaan 1 Muharam 1447H - Hari Maal Hijrah atau dikenali juga sebagai Awal Muharam, hari ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam untuk memperingati peristiwa bersejarah penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa ini menandakan permulaan tahun baru dalam kalendar Islam (Hijrah).
Yayasan ADDIN ingin mengucapkan selamat menyambut Awal Muharam kepada seluruh umat Islam. Marilah kita bersama-sama memperbaharui azam dan tekad untuk menjadi insan yang lebih baik serta berdoa agar Allah SWT memberkati setiap langkah kita dan memberikan petunjuk dalam segala urusan.
Semoga tahun baru ini menjadi titik permulaan untuk kita semua memperbaharui azam dan harapan serta kita semua terus berusaha untuk menjadi individu yang lebih baik dan dapat memberi sumbangan positif kepada masyarakat.
Insya-ALLAH, Amiin.
"Satu Keluarga Seorang Hafiz"